Sambungan dari cerita terdahulu, namun tidak dapat dipaparkan diatas sebab-sebab tertentu..
Jun 2019
Hana mendapat khabar yang tidak enak dari teman Haris. Haris merupakan teman lelaki Hana dan merupakan rakan sekolah Hana. Jazli, juga teman sekolah Hana dan Haris telah menelefon Hana dan memberitahu perkabaran mengenai Haris yang telah menghancurkan hati Hana. Hana sedaya upaya menafikan perkhabaran itu. Luluh hati Hana, namun Hana tidak terus menanyakan perkara itu kepada Haris. Hana mengambil initiatif untuk menyiasat perkara itu secara diam-diam. Perkara itu diajukan kepada kakak Haris dan beberapa teman rapat Haris. Hana masih tidak mempercayai apa yang didengar dan terus-terusan menafikan. Tetapi telah berusaha menjauhkan diri daripada Haris atas perkara yang berlaku pada April lalu.
Julai 2019
Hana meneruskan kehidupannya seperti biasa. Seperti biasa Hana sangat sibuk bekerja dan tidak memperdulikan sangat apa yang dikatakan tentang Haris. Namun Hana telah sangat tawar hati dengan Haris kerana sikap acuh tak acuh Haris tentang masa depan mereka. Haris lebih mementingkan karier hidupnya sebagai seorang model daripada hubungan mereka. Hana sudah mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan mereka namun belum rasmi lagi. Dalam diam, Hakim telah cuba rapat kembali bersama Hana setelah konflik antara mereka dapat diselesaikan. Hana cuba untuk membuka hatinya terhadap Hakim walaupun trauma dengan kejadian yang berlaku sebelum ini. Hana mula rasa ada sesuatu yang baik mengenai diri Hakim walaupun masih ada perasaan takut dan trauma yang menebal. Hana merasakan mungkin dapat memberi peluang kepada Hakim membuktikan dirinya tidak seperti yang didengar dari rakan-rakan lain. Namun, Hana masih keliru dengan sikap Hakim, yang kadang kala baik dan kadang kala kejam terhadap Hana.
Ogos 2019
Hana secara rasmi bertemu dengan keluarga Haris dan memutuskan hubungan antara mereka. Walapun sedih untuk Hana menerima hakikat itu, namun Hana lega kerana apa yang terpendam antara mereka telah diselesaikan dengan baik. Namun, oleh kerana Hana terlalu menyayangi Haris, Hana kadang-kadang tidak dapat menerima kenyataan yang mereka telah berpisah. Kadang-kadang Hana kuat tetapi kadang-kadang Hana sangat-sangat teringat kepada Haris. Hana selalu mendengar lagu "Kenangan" daripada Zack Zakwan setiap kali teringat pada Haris. Hakim yang tiba-tiba muncul kembali dalam hidup Hana telah sedikit sebanyak membuka hati Hana untuk cuba rapat dengannya kembali. Namun, Hakim mempunyai sikap yang membuatkan Hana keliru. Kadang-kadang Hana merasakan Hakim mengambil berat tentang dirinya, namun kadang-kadang Hana merasakan Hakim sangat membencikan dirinya. Hana selalu dimarahi Hakim walaupun Hana sebenarnya cuba memberanikan diri untuk rapat semula dengan Hakim.
Bersambung................